penutup

Berbulan aku mencari penutup dalam satu penceritaan. Adakah kemaafan yang dicari? Atau penerimaan semula? Aku hanya mencari satu penutup untuk kisah aku yang lalu. Kisah aku berakhir apabila aku sedar, yang aku perlukan seseorang yang menghargai setiap bait kata kata aku. Tetapi yang tinggal hanya kehampaan yang dirasakan. Kerana kemaafan aku dianggap sebagai mainan kata-kata. Usaha aku hanyalah dianggap sementara. Sedangkan aku lakukan, dengan niat aku hargai setiap minit yang berlalu antara kita. Akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi. Untuk berhenti merasakan sesuatu. Walau yang aku rindukan persahabatan, ditemani seseorang. Aku pergi. Dan disitulah berakhirnya seorang yang menagih simpati orang di masa lalu. Tiada yang dapat diubah kerana kita berdua bagaikan orang asing sekarang. Kita tidak kenal versi yang sekarang. Kita strangers. Dan aku patut terima itu.

Ya Allah, aku relakan segalanya. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku hadapi sekarang. Walau ujian ini amat berat bagi aku, aku tetap bersyukur. Alhamdulillah. Aku akan tetap akan menjadi hambamu yang tetap berusaha. Kudrat aku tak akan berhenti untuk menjadi hambamu. Aku redha.

Bahagia itu tidak akan kekal. Yang kekal cuma kasih daripada tuhan. Jikalau satu masa nanti, aku dipilih untuk merasakan kebahagiaan. Akulah insan yang paling bersyukur. 

Ikhlas dan sabar.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

happiness-believer